Anda seorang fesyenista ? Bergaya tanpa batasan, bijak menggabungkan warna mengikut kesesuaian stail yang ingin digayakan. Lebih bagus apabila warna tersebut 'match' dengan gaya anda. Warna juga turut memberi peranan dalam gaya kita.
1. MERAH
Anda seorang yang tegas tetapi amat disayangi. Walau bagaimanapun, anda mudah dilanda gangguan emosi yang boleh merubah mood anda. Gaya terbaik untuk anda adalah dengan memilih aksesori rona merah agar penampilan anda tidak keterlaluan. Memilih untuk menggayakan kasut bertumit rona merah akan menampilkan imej seksi dalam diri anda.
2. KRIM
Anda seorang yang berdaya saing dan suka memberi sokongan kepada orang lain. Emosi anda rapuh, seorang yang sensitif ! Terbaik, gayakan blaus rona krim dengan jean atau skirt untuk gaya manis.
3. COKLAT KAYU
Penggemar rona ini amat mementingkan kecantikkan. Andajuga sangat santai dan tidak suka memandang sesuatu masalah secara serius dan sangat peramah. Untuk gaya menarik, bergayalah dengan dress warna kayu/ coklat atau sekadar memilih tas tangan dari rona ini. Kesederhanaan dalam berfesyen adalah yang paling sesuai untuk anda.
4. HIJAU
Anda amat mudah menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Mendambakan perhatian dan kerap menyinggung perasaan orang lain dengan hanya berkata-kata. Gaya terbaik untuk anda ialah memilih aksesori rona ini. Paling menarik, gayakan skarf atau aksesori yang minimum ketika memakai warna ini.
5. PINK
Seorang yang berazam tinggi. Berusaha sebaiknya untuk mendapatkan apa yang anda inginkan. Yang tak bagusnya, anda gemar mengambil tahu soal orang lain sehingga menimbulkan rasa kurang selesa pada mereka. Warna lembut ini boleh digayakan dalam pelbagai fesyen. Pilihlah busana atau aksesori yang anda inginkan.
6. GOLD
Mudah bergaul dengan sesiapa sahaja dan sentiasa berfikir sebelum bertindak. Walaupun dilanda masalah, anda jarang menunjukkan emosi sedang bersedih. Warna emas tidak boleh digayakan secara keterlaluan. Pemilihan aksesori rona ini dan dipadankan dengan busana hitam mewujudkan imej elegan.
7. HITAM
Sukakan cabaran dan berani untuk mencuba perkara baru. Tetapi anda kurang suka dengan perubahan mendadak dalam hidup anda. Hebatnya rona ini kerana ia boleh digayakan dalam pelbagai gaya. Tidak kisah bergaya dengan busana atau pun aksesori hitam, penampilan anda akan sentiasa kemas.
8. KUNING
Penggemar rona ini sangat tenang dan sopan. Mudah dipercayai dan cenderung untuk menguasai sesebuah hubungan. Anda juga seorang yang optimis kerana sentiasa berfikir jauh ke hadapan. Busana kuning sesekali dapat menarik perhatian orang sekeliling. Lengkapkan gaya anda dengan pilihan aksesori rona lembut seperti merah jambu atau biru. Cubalah !
9. JINGGA
Berani tanggung risiko dan sangat bijak mengambil hati orang di sekeliling anda. Walaupun begitu, anda sukar mempercayai orang lain. Pilihlah wedges rona ini dan padankan dengan busana rona serupa.
10. UNGU
Lebih pendiam dan misteri. Tidak ramai orang mudah untuk mendekati anda.Tidak mementingkan diri tetapi mudah terpengaruh. Blaus atau dress ungu akan membangkitkan sisi misteri anda. Lebih cantik digayakan dengan aksesori rona gelap seperti hitam.
11. PUTIH
Mempunyai matlamat yang jelas dan sentiasa berusaha keras untuk mencapainya. Penyabar dan mempunyai perwatakan yang sangat lembut. Tetapi kamu kuat cemburu ! Menggayakan busana rona putih akan membuatkan penampilan anda penuh stail. Rona putih sangat bersih dan bergaya dengan rona ini akan membuatkan penampilan anda tidak keterlaluan.
12. HIJAU LIMAU
Tenang dan sangat dikagumi orang lain. Anda mudah rasa tertekan jika dilanda masalah. Anda sangat prihatin dan cerewet ! Aksesori rona ini memang cantik, berfesyenlah dengan bijak untuk penampilan manis bergaya.
13. BIRU
Seorang yang memilih dan kurang berkeyakinan diri. Lebih menjurus ke aliran seni. Kurang bergaul dengan orang lain tetapi sangat menghargai orang-orang yang ada di sekeliling anda. Rona biru adalah pelbagai tona. Pilih tona lembut untuk gaya ringkas. Menggayakan tona yang sedikit kuat akan mengubah penampilan anda kepada lebih serius dan penih karisma.

0 comments:
Post a Comment