Tuesday, 19 September 2017

OMG ! PERIOD PAIN DATANG LAGI..




Terkena serangan period pain/senggugut ? Biasanya apakah yang anda lakukan ? Adakah terbaring di atas katil atau makan painkiller. Jangan selalu amalkan painkiller sebab tak berapa bagus.



1. Bertungku / Tuaman panas

Inilah cara paling mudah dan berkesan untuk hilangkan senggugut. Melalui tuaman panas, otot-otot yang sedang berkontraksi akan menjadi lebih relaks.

Tips : Kalau susah nak dapatkan tuaman panas atau tak ada set bertungku, boleh gunakan botol yang berisi air panas.



2. Minum air suam

Air suam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti dapat membuang toksin serta membantu melancarkan peredaran darah.
Jika kekurangan air juga boleh menyebabkan perut kejang dan kembung. Oleh itu, banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.

3. Gerakan
Bersenam atau berenang mampu membantu tubuh untuk melepaskan hormon endorphins dalam tubuh yang dapat mengurangkan gejala kekejangan otot perut. 

Menurut Matt Wood, jurulatih renang dan penasihat kecergasan, renang dapat mengurangkan rasa sakit perut kerana senggugut. Cara ini menguatkan otot abdomen yang membantu untuk mengalihkan tekanan pada otot kaki yang menyebabkan kekejangan.



4. Jaga Pemakanan

Kopi dapat meningkatkan kadar tekanan darah. Malah kafien yang ada dalam kopi juga mampu menjadi punca kekejangan perut. Minuman bergas pula lebih bersifat sangat tajam dan akan memberi kesan pada usus perut.

Mungkin ramai yang tidak tahu, dark chocolate mengandungi 70% koko mampu membuat otot-otot di tubuh terutamanya di bahagian perut lebih relax. 



5. Supplement atau Cara tradisional

Semasa senggugut hendaklah meminum air teh pahit tanpa gula. Atau Ambil beberapa helai daun sirih, beberapa batang serai wangi dan boleh juga dicampurkan dengan kunyit hidup. Rebuskan dan minum air rebusan.

Untuk cara mudah, anda boleh amalkan makan #episor kerana terdapat herba tradisional daripada cina yang dapat membantu kurangkan kesakitan dari senggugut.

0 comments:

Post a Comment

 

Gadis Kampung Template by Ipietoon Cute Blog Design