Friday, 15 September 2017

ULAMAN HIJAU IBARAT PIL MUJARAB KESIHATAN



Tidak lengkap hidangan utama jika tidak disertakan dengan sayuran. Dan dalam piramid makanan juga turut galakkan kita untuk mengambil lebih banyak sayuran.

Sesetengah orang ada yang suka mengambil sayuran seperti ulaman ni secara mentah kerana rasanya lebih menyelerakan. Kandungan nutrisi yang terkandung memberi sejuta khasiat untuk tubuh kita.

Antara ulaman yang bagus dan biasa dimakan mentah :



1. Daun Ulam Raja

- Mengandungi protein, lemak, karbohidrat dan vitamin A.
- Ulaman raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasitanya dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan menguatkan tulang.
- Klorofom yang diekstrak dari ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dapat merencatkan bakteria dan fungus seperti candida albicans dan bacillus subtilis dan juga E.choli.



2. Kacang panjang

- Kacang Panjang mempunyai komposisi nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, serabut, kalsium, zat besi, kalium, natrium, karotina beta, vitamin B1, B2 dan C.
- Membantu menjaga kulit dari jerawat dan penyembuhan luka terbakar.
- Membantu mengatasi hipertensi.



3. Timun

- Mengandungi protein, lemak, karbohidrat, magnesium, zat besi, fosfor, vitamin B, Vitamin C dan Vitamin B2.
- Menbantu memulihkan sakit tekak.
- Membantu menurunkan kolestrol dan tekanan darah. Lebih baik jika makan timun selepas makan makanan yang mengandungi kolestrol tinggi seperti sate dan gulai kambing.



4. Peria

- Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.
- Membantu merawat penyakit kencing manis.
- Membantu mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal.
- Membantu melawaskan buang air besar.



5. Kacang botol

- Mengandungi kalsium, zat besi dan vitamin A. Daunnya mengandungi protein ( 5-7% ), Vitamin A & C serta garam galian.
- Nilai kandungan protein yang terdapat pada kacang botol sangat tinggi.
- Sesuai untuk anda yang kurang darah.



6. Daun selom

- Mengandungi paling tinggi kandungan air, protein, lemak, karbohidrat dan serabut.
- Hampir setiap bahagian pokok selom mempunyai fungsi  dan nilainya dalam perubatan.
- Batang serta daun selom dikatakan boleh meredakan bisul, gigitan yang disebabkan kuda, kala jengking, ular dan ditempat bengkak.
- Merangsang pengeluaran angin dari perut dan usus.



0 comments:

Post a Comment

 

Gadis Kampung Template by Ipietoon Cute Blog Design