Tuesday, 5 December 2017
TIP MENYIMPAN KERETA JANGKA MASA LAMA
Terpaksa meninggalkan kereta dalam tempoh masa yang lama ? Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam tempoh yang lama sama ada dalam masa enam bulan hingga bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya. Jika berhadapan situasi begini, letakkan kenderaan didalam garaj yang kering dan dingin.
Langkah 1
Mencabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh menjadi lemah.
Langkah 2
Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, ia bertujuan mengatasi masalah wwap, kerosakan disebabkan air dan pembentukkan karat. Sebelum anda menyimpan kenderaan, gantikan minyak injin dan penapisnya.
Langkah 3
Titiskan minyak injin baru ke selinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada selinder berkenaan. Anda perlu mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.
Langkah 4
Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiator. Jika usia penyejuk sudah satu tahun setengah, gantikan dengan yang baru. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.
Langkah 5
Untuk mengelakkan kerosakkan pada penyerap hentak kenderaan, tual keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.
Langkah 6
Selimutkan kereta anda dengan kain. Jangan lupa untuk membuka sedikit ruang udara keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan ia membantu anda mengatasi masalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu tempoh yang lama.
( Sumber : Majalah Harmoni Keluaran 1-30 sept )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment