Monday, 18 September 2017

STRESS ? TERTEKAN ? JANGAN RISAU, BACA 10 TIP SIHAT ATASI TEKANAN..




Tertekan dengan bebanan kerja ? Tekanan hidup yang semakin menyeksakan nafas anda ? Jangan Risau setiap orang ada mengalami masalah seperti anda namun perlu bijak menangani nya.
Penelitian menunjukkan lebih 65% yang menghadapi tekanan tidak tahu bahawa mereka sedang mengalami tekanan. Namun, boleh dilihat melalui simptom seperti makan berlebihan, sering mengantuk dan melakukan perkara yang tidak biasa dilakukan.
Tips ini dapat 'On' kan kembali mood gembira anda :


1. Berjemur
- Cara yang paling mudah untuk dilakukan. Dalam Times of India, Vitamin D membantu otak mengeluarkan hormon anti-depresi seperti seotonim dan oxytocin. Mood anda akan meningkat sebanyak 30 %.
- Berjemur pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk menyerap nutrisi dan mengurangkan risiko depresi.


2. ' Malas '
- Cuba bermalas-malasan dengan meluangkan masa untuk berehat dan bersantai. Cara ini dapat mengurangkan hormon kortisol pada badan.


3. Makan Avocado
- Makan Avocado 1/2 biji setiap hari dapat kurangkan risiko terkena depresi. Avocado mengandungi lemak tepu untuk menghasilkan hormon dopamine yang boleh hilangkan rasa sedih.


4. Kentang
- Makan kentang mampu meningkatkan hormon tryptophan pada otak. Risau dengan lemak kentang ? anda boleh tukar dengan popcorn yang dimasak tanpa mentega.


5. Light
- Elakkan depresi dengan mengawal dan berikan lebih banyak cahaya di rumah atau tempat kerja. Buka tingkap atau tirai untuk membolehkan cahaya untuk masuk.


6. Melompat dan menari
- Menari kombinasi daripada senaman dan gerak badan yang berirama. Cara ini dapat buatkan mood anda bertahan lama. Untuk dapatkan hasil baik, lakukan selama 30 minit dalam 4 kali seminggu.


7. Urutan
- Urutan secara teratur dapat lepaskan tekanan. Lakukan selama 20 minit seminggu dan dapat tingkatkan hormon pada otak. Cara ini dapat kurangkan sakit sebanyak 25%.


8. Join Program Komuniti
- Dalam Times Of India, seseorang wanita yang menghabiskan masa dengan mengikuti program yang dianjurkan oleh komuniti sekurangnya sekali seminggu akan merasa lebih semangat dan sihat.


9. Menyanyi
- Kadang-kadang anda menyanyi tanpa sedar. Ini kerana otak anda sedang menghasilkan gelombang yang membuatkan anda tenang dan tingkatkan mood anda.
-Menyanyi 10-15 minit dengan lagu kegemaran akan dapat elakkan daripada perasaan depresi.


10. Tukar jadual tidur
- Apabila tidur lewat, ia akan menganggu biologi tubuh dan melewatkan sinaran matahari yang baik untuk anda.

0 comments:

Post a Comment

 

Gadis Kampung Template by Ipietoon Cute Blog Design