Thursday, 14 September 2017

PETUA CANTIK KHAS BUAT SI JELITA !


Kebanyakkan rakyat Malaysia begitu ghairah mengejar kulit cantik dengan mengamalkan supplement-supplement yang kian melambak di pasaran. Hati- hati dengan produk tiruan, kerana kesan mungkin akan rosakkan muka anda sendiri.

Untuk kali ni, sis akan berkongsi info dan petua cantik secara tradisional ! Lebih selamat dan semua bahan nya mudah untuk dapat. Antaranya : air suam, kentang, nanas dan sebagainya. Untuk kesan cepat, jangan sesekali 'cheat' okay ?




Jom semak petua di bawah :

1. Air suam ganti penyegar / Toner

Tidak ramai yang amalkan pemakaian toner. Fungsi utama Toner ialah untuk menyingkirkan sisa kotoran dan bertindak untuk menutup kembali pori-pori wajah. Anda boleh gantikan toner dengan air suam. Selepas itu, keringkan dengan tuala. JANGAN guna air panas !

2. Gantikan Losyen dengan krim Mandian

Agak leceh untuk melembapkan kulit dengan losyen ketika sibuk. Anda boleh menggantikan losyen dengan krim mandian yang mempunyai manfaat sama dengan losyen. 



3. Senaman hilangkan garis kedutan

Wajah anda terlalu banyak kedutan ? Amalkan senaman ringkas ini dengan lekapkan tapak tangan pada sisi dahi ( berdekatan dengan garis rambut dan fokus pada bahagian mata ). Turunkan kening dan kecilkan mata seolah-olah anda sedang melihat sesuatu yang jauh. Pastikan dahi tidak berkerut dan ulang 5 kali berturut-turut.

4. Foundation lebih rata 

Jika anda menggunakan foundation krim atau cecair anda perlu menunggu lebih kurang 10 minit untuk meresap ke dalam kulit. Dan akan memberi kesan sapuan bedak lebih rata dan rapi. Barulah solekan tahan lama.



5. Gincu punca bibir gelap

Elakkan membeli gincu yang ada bau seperti bau rasberi atau vanilla.Gincu yang mempunyai bau biasanya mengandungi kandungan bahan kimia yang tinggi. Kandangun kimia yang tinggi akan menjadikan bibir gelap.

6. Atasi kulit gelap

Biasanyan pada bahagian siku dan lutut sedikit gelap dan bahagian ini lebih terdedah kulit kering. Ambil beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur serta minyak zaitun. Gosokkan secara lembut pada bahagian masalah. Amalkan setiap hari.




7. Nanas remajaklan kulit

Kulit kusam ? Jangan risau rawat dengan nanas. Kisar nanas dapatkan jus dan boleh campur dengan air jika terlalu pekat. Anda juga boleh campur jua lobak merah. Cara ini dapat cerahkan kulit. Rendam tisu kedalam campuran jus tadi dan letakkan pada wajah sebagai masker. Tunggu hingga kering dan bersihkan dengan air suam.

8. Kentang legakan kulit terbakar

Anda boleh ambil sebiji kentang dan kukus hingga empuk. Setelah masak, lecekkan hingga hancur bersama kulit. Letakkan pes kentang pada wajah yang terbakar untuk kesegaran semula.

9. Tanggalkan daki dengan beras

Kulit berdaki ? Jangan risau, ambil segenggam beras dan tumbuk hingga halus. Campurkan bersama daun sirih yang telah lumat hingga sebati. Lumur pada bahagian tubuh berdaki. Ia dapat menghalus dan mencerah badan.



10. Asam Jawa Hapuskan Bau Kaki

Jika anda mempunyai masalah kaki berbau, cuba amalkan dengan ambil segenggam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki anda dengan campuran tersebut, gosok celahan kaki dengan asam jawa. Cara ini dapat mengatasi masalah kagatalan kaki.

0 comments:

Post a Comment

 

Gadis Kampung Template by Ipietoon Cute Blog Design