Kanser perut berada tangga ke -7 /10 kanser paling biasa di negara kita. dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya lelaki berumur 45 tahun keatas. Kanser ini sering disangka gastrik kerana gejala yang sama. Kanser perut adalah kanser malignan iaitu boleh boleh merebak dan berasal daripada lapisan pelapik dalam perut.
Jangkitan bakteria ini berkait rapat dengan cara hidup seperti tinggal di tempat kurang bersih, sesak atau berkongsi katil. Bakteria ini boleh hidup dengan baik dalam keadaan berasid iaitu perut kita. Ia membiak dan rosakkan sel epitiliun iaitu lapisasn pada perut manusia.
Punca jangkitan :
Kerana bakteria H pylori yang tersebar melalui :
1. Kitaran najis ke mulut
Terjadi jika tidak menjaga kebersihan tangan dengan bersih atau melalui air dan makanan tercemar.
2. Mulut ke Mulut
Melalui air liur pembawa apabila terkena tangan, makanan atau air. Radang yang semakin teruk akan mengakibatkan gastritis dan penyakit ulser dalam perut kalau tak rawat dengan segera. Antibodi badan tidak mampu melawan bakteria ini dan jika dibiar akan sebabkan kanser perut.
Gejala Awal Kanser Perut :
- Tiada selera makan
- Pedih ulu hati
- Masalah pencernaan
- Perut kembung dan tidak selesa
- Mual
Tanda di peringkat yang lebih serius :
- Tidak selesa pada bahagian atas abdomen ( perut )
- Najis berdarah atau berwarna gelap kehitaman
- Muntah atau muntah berdarah
- Turun berat badan
Siapa yang berisiko ?
- Lelaki ( 2x ganda dari perempuan )
- Kurang makan makanan berserat
- Pemakanan yang tinggi kandungan garam, jeruk dan bahan pengawet
- Radang gastrik yang kronik
- Pernah mengalami masalah polip gastric
- Mempunyai Keturunan yang mengidap kanser perut
- Merokok
- Pengambilan alkohol yang banyak
0 comments:
Post a Comment