Thursday, 17 August 2017

PETUA BUAT SANG SURIRUMAH !


Surirumah pasti akan mengalami masalah apabila berada di dapur ! Contohnya sayur tak tahan lama, nasi cepat basi dan lain-lain. Faktor ni boleh sebabkan mood memasak anda terbantut dan anda pasti ingin kan yang masakan anda yang terbaik dari segi rasa, warna dan persembahan.

Beberapa tips dapat membantu anda ketika berada didapur :



1. SEGARKAN TAUGE

Tauge akan lebih lama segar dalam peti sejuk sekiranya anda memerahkan sedikit limau ke dalam air tempat anda merendamnya. Tapi pastikan menukar air ditukar setiap hari.



2. SUBURKAN POKOK BUNGA

Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga. Hasilnya, pokok akan lebih subur menghijau.


3. IKAN KERING TIDAK BERULAT

Makanan kering seperti ikan kering selalunya akan menarik perhatian lalat dan mudah berulat. Bagi mengelakkan berulat, jemur ikan kering di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atas jemuran.



4. KEKALKAN WARNA SAYUR

Semasa memasak sayuran seperti brocoli, sawi, lobak anda boleh masukkan sedikit gula.



5. HILANGKAN PAHIT BUAH PERIA

Suka makan peria ? Jika anda ingin hilangkan pahit pada buah peria, anda boleh rendam peria dengan air garam selama 15-20 minit. Cuci bersih dan boleh dimasak.



6. ELAKKAN TAUHU MELEKAT KETIKA MENGGORENG ATAU NAK ELAKKAN TAUHU HANCUR

Lumurkan garam pada tauhu sebelum menggoreng.


Selebihnya akan dikongsikan di lain hari. Atau jika anda ada sebarang tips boleh share.


0 comments:

Post a Comment

 

Gadis Kampung Template by Ipietoon Cute Blog Design