Friday, 18 August 2017
4 PENYEBAB PERUT BUNCIT
Badan cantik langsing tetapi perut pula buncit ? Hmmm, siapa ada masalah perut buncit ? Banyk faktor sekeliling yang menyebabkan perut anda buncit. Jom elak dan ketahui punca perut buncit.
Punca perut buncit :
1. Makan Depan Tv
Pasti ramai yang suka menonton tv sambil menikmati makanan tak kira makanan berat atau kudapan. Hasil penelitian olehUniversity Of Oulu mendapati mereke yang selalu amalkan tabiat seperti ini akan mengumpul 10% lemak di bahagian perut berbanding orang lain. Tempoh pengumpulan lemak mengambil masa 2jam berkumpul.
2. Gemar Makan Roti
Roti pun penyebab perut buncit ! tapi anda perlu bijak memilih roti kerana roti putih mengandungi lemak yang tinggi berbanding roti gandum. Kadar pengurangan lemak adalah 85 gram. Roti gandum baik untuk diet kerana mengenyangkan dapat mencegah makan dalam kuantiti yang banyak. Kandungan serat dapat membantu melancarkan pencernaan. Menurut American Journal Of Clinic Nutrition, mereka yang menikmati gandum lebih mudah mengurangkan jumlah kalori yang masuk ke dalam badan.
3. Stress
Anda tahu panik, cenas, takut dan stress dapat menaikkan hormon kortisol ? Hormon ini akan memberi efek negatif pada badan kita kerana akan menyebabkan kita lapar dan metabolisme tubuh akan bekerja lebih lambat. Ini akan menyebabkan perut anda buncit dan saiz pinggang melebar.
Tips untuk elak stress, cuba duduk dengan tenang, tutup mata dan tarik nafas dalam-dalam secara perlahan. Hembus melalui mulut.
4. Makan Tengah Malam
Selalu makan di tengah Malam ? Jangan ! Jika perut terasa lapar, anda boleh makan kacang almond, susu rendah lemak ataupun yogurt rendah lemak untuk menghilangkan rasa lapar. Makanan ini mengenyangkan dan susah untuk mengumpul lemakdi perut.
Tips untuk waktu terbaik berhenti makan 2 jam sebelum waktu tidur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment