Monday, 7 August 2017

8 RUTIN PENJAGAAN KULIT !


Penjagaan kulit juga penting untuk memastikan kita sentiasa kelihatan cantik dan sihat ! Tak hairan jika ramai perempuan di luar sana menghabiskan wang ringgit dan masa ke Spa untuk manjakan diri dan menjaga kesihatan kulit.

Tetapi penjagaan kulit juga boleh dilakukan di rumah jika kita tahu cara yang betul. Ikuti cara penjagaan kulit yang boleh anda lakukan tanpa perlu mengeluarkan wang yang maksimum.


1. Minum air secukupnya
Bagi mengekalkan kecantikkan kulit, anda perlu minum sekurangnya 8 gelas air. Kebanyakkan supplemen yang anda ambil kini pasti menasihatkan anda supaya meminum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 liter air.



2. Pemakanan sihat
Lebihan makanan seperti buah-buahan serta sayuran kerana tinggi nilai anti-oksidan,vitamin dan dapat menjaga kesihatan kita. Amalkan makan seperti yang disarankan dalam piramid makanan.


3. Tidur mencukupi
Kulit yang sihat terhasil dari pola waktu tidur kita juga. Sebaiknya tidur 7-8 jam sehari kerana dapat menjadikan kulit lebih cergas dan bersinar.


4. Lindungi dari cahaya matahari 
Untuk aktiviti luar rumah, pastikan anda memakai krim uv atau sunblock supaya kulit tidak terkena cahaya matahari secara terus. Gunakan krim sunblock yang tinggi kandungan SPF, seeloknya 50+ keatas dan PA+++.



5. Gunakan sabun lembut 
Sebaiknya guna sabun yang lembut dan bebas buih. Jika sabun yang banyak buih akan menyebabkan kulit kita kering dan tak berseri kerana kandungan bahan kimia yang tinggi. Elak guna krim mandian susu kambing.


6. Gunakan pancuran 
Mandi menggunakan shower lebih elok daripada mandi dalam tab kerana boleh hidratkan kulit. Pastikan pancuran air bersuhu suam dan tidak terlalu panas, kerana air panas akan mengeringkan kulit anda.


7. Keringkan kulit
Gosok terlalu kuat atau mengelap badan menggunakan tuala dengan terlalu kuat dapat menjadikan kulit anda kering dan mnegelupaskan kulit anda.



8. Lembapkan kulit
Jadikan pemakaian losyen atau pelembap sebagai rutin. Anda juga boleh melembapkan muka dengan menggunakan serum muka untuk pastikan kulit anda segar dan sihat. Selain itu, losyen juga dapat membantu mengembalikan lapisan 'hydrolipidic' yang bertindak melindungi kulit


Sumber : Mingguan Wanita

Nak dapatkan EMORRA SERUM dan DARLING AIR CUSHION FOUNDATION ?
Klik sini ----> http://emorrahuda.wasap.my/


0 comments:

Post a Comment

 

Gadis Kampung Template by Ipietoon Cute Blog Design