Soda Penaik atau Baking Soda memang sinonim dengan dunia masakan. Namun boleh digunakan dalam kecantikkan juga ! Sangat banyak manfaat nya dan boleh digunakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Jangan risau Soda Penaik selamat digunakan untuk kulit. Jom semak apa lagi kegunaan Soda Penaik :
1. Rawat Rambut
- Masalah rambut berminyak ? Tambahkan 1 sudu teh soda penaik ke dalam botol syampu anda.
- Anda juga boleh taburkan sedikit soda penaik pada rambut kering dan sisir untuk membantu mengekalkan kilauan rambut.
- Hilangkan klorin pada rambut dengan bilas rambut dengan campuran setengah sudu teh penaik bersama air untuk hilangkan pigmentasi pada rambut.
2. Rawat tangan
Campuran soda penaik dengan air dapat membuang kulit mati dan menghaluskan kulit. Elok digunakan pada siku untuk menghaluskan kulit kasar dan memutihkannya.
3. Rawat Kaki
Tumit kaki merekah dan pecah-pecah ? Anda boleh rendamkan kaki kedalam baldi berisi air panas dan campuran 3 sudu besar soda penaik. Cara ini dapat merawat kaki dan menghilangkan gatal-gatal pada kaki.
4. Rawat Kuku
Dapatkan kuku berkilat dan bercahaya dengan berus kuku yang telah dicelup ke dalam soda penaik . Cara ini dapat melembutkan kuku dan bersihkan kotoran di bawah kuku.
5. Pigmentasi kulit
Kulit kusam dan pucat gara-gara cahaya matahari ?Jom sihatkan kulit dengan masker soda penaik dicampur dengan air dan sapukan pada kulit bermasalah.
* Tips : Tidak sesuai disapu pada kulit terluka.
6. Mandian
- Soda penaik juga boleh digunakan dalam mandian. Tambah soda penaik ke dalam air mandi untuk lembutkan kulit.
- Lulur mandi.
Anda boleh buat masker menggunakan sesetengah cawan soda penaik dengan setengah cawan tepung jagung. Adun sebati sebelum disapu ke badan. Cara ini dapat mengatasi gatal pada kulit.
7. Deodoran
Soda penaik boleh dijadikan deodoran dan menyegarkan ketiak dalam tempoh lama. Anda perlu tambah soda penaik kedalam air dan sapu di ketiak untuk singkirkan bau badan.
8. Rawat gigi
Untuk dapatkan gigi putih, campur 2 sudu teh garam dengan soda penaik, tambah beberapa titik air dan gliserin untuk membuat ubat gigi. Cara ini dapat singkirkan bau mulut. Boleh guna cara ini dua kali seminggu.
9. Masker wajah
Campurkan soda penaik, oat dan madu. Tambah air dan oleh pada wajah selama 15 minit.
10. Mencukur
Anda boleh gunakan soda penaik untuk membersih kulit wajah selepas mencukur terutamanya kaum lelaki. Anda perlu campurkan satu sudu besar soda penaik dalam segelas air untuk menegangkan kulit yang merengsa selepas bercukur. Ini dapat menyejukkan kulit dan melembutkan kulit.