Friday, 29 December 2017

BEDAK CUSHION VS BEDAK COMPACT ?


Bedak cushion sangat berbeza dengan Bedak compact. "Cushion" merujuk kepada span aplikator yang terdapat dalam bedak tersebut. Bedak cushion merupakan teknologi daripada Korea dan telah viral di Malaysia.

Pengarah Kreatif Solekan Moonshot, Jenny Park berkata aplikator span yang disediakan mengambil jumlah yang sedang elok pada setiap sapuan untuk menjadikan kemasannya seakan airbrush. Ia tidak akan memberi efek yang sama apabila dicelup dengan berus.

Compact powder ialah bedak yang paling sering dibawa oleh wanita untuk touch-up. Pressed atau compact powder ini juga disebut sebagai bedak padat. Ia menyerap dan mengurangkan minyak.


Jom ketahui bedak cushion di sini ! 














Dapatkan produk #darlingddaircushionfoundation di 011.2853.7220

Thursday, 14 December 2017

MINYAK KELAPA DARA SEMAKIN POPULAR DALAM BIDANG KECANTIKKAN ! NAK TAU APA KHASIAT NYA ?

Minyak kelapa dara telah dikomersialkan dalam pelbagai bentuk kerana kajian telah menemukan banyak khasiat yang terkandung dalam minyak kelapa dara. Salah satu nya digunakan dalam bidang kecantikkan kerana ia sangat bagus untuk kulit wajah.

Antara manfaat nya ialah :


Menghilangkan Jerawat.
Jerawat merupakan masalah yang sering muncul pada wajah. Keadaan kering pada kulit juga yang menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan oleh kelenjar sebum.Termasuk minyak kelapa yang sangat efektif menghilangkan jerawat di wajah kerana kandungan asid laurat (lauric ) dan vitamin E dlam minyak boleh hilangkan kesan jerawat.
Melembabkan Wajah.
Minyak kelapa dapat berfungsi sebagai moisturizer semulajadi, untuk membantu melembabkan kulit wajah anda. Fungsi minyak kelapa ini sama dengan fungsi minyak zaitun. Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Selain dari bebas bahan kimia dan alkohol, Minyak Kelapa Dara juga mempunyai Vitamin A, D, E dan K yang bermanfaat untuk kulit.
Melawan Penuaan Pra Matang.
Pencemaran, tekanan dan sinaran matahari yang berlebihan membuatkan wajah jadi kusam, pigmentasi dan berkedut. Minyak Kelapa Dara dibuktikan dapat membantu melawan penuaan pra matang kerana kandungan antioksidannya yang tinggi.
Mencerahkan Kulit.
Minyak kelapa bagus untuk mencerahkan kulit wajah. Kandungan vitamin E di dalam minyak kelapa, akan membantu meregenerasi kulit menjadi lebih cerah.

Kebaikan minyak kelapa dara boleh ditemui dalam #emorraserum dan #darlingddaircushionfoundation yang bagus untuk kulit anda !

Lihat Testimoni di SINI !





Harga Promosi ? 
WHATSAPPS ------->  011.2853.7220

Wednesday, 6 December 2017

TIPS KESIHATAN BUAT SI DIET !



Kebanyakkan orang mengamalkan cara diet yang salah kerana terlalu inginkan berat badan ideal sehingga menggabaikan etika diet dan amalkan diet tanpa ilmu. 

Antara kesalahan diet ialah abaikan sarapan pagi, pengambilan air masak kurang dari jumlah yang sepatutnya dan lain-lain.


Jom baca tips ringkas yang berguna untuk si Diet !

1. SMOOTHIES SAJIAN SIHAT DAN MENGENYANGKAN
Smoothies merupakan sajian minuman yang enak dan sihat sebagai pengganti makanan. Buah-buahan dan sayur-sayuran dikisar halus bagi menyediakan segala keperluan nutrien dan serat dalam bentuk minuman yang melazatkan. Bagi mereka yang tidak mempunyai cukup masa untuk makan, smoothies membekalkan keperluan karbohidrat. Ia mudah ditukar kepada tenaga selain memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.





2. PRODUK RENDAH LEMAK
Jangan bergantung kepada produk rendah lemak shaja. Ia tidak 100% berkesan untuk menurunkan berat badan. Tidak salah mengambil makanan rendah lemak, namun disusuli dengan senaman dan pengambilan makanan yang berkhasiat.


3. SUPPER
Makan lewat malam atau supper sudah menjadi trend terutama golongan muda. Tetapi disebalik nya ada kesan makan lewat malam melambatkan proses metabolisme dalam badan anda. Kecenderungan makan lewat malam hendaklah dikurangkan. Sebaiknya makan awal sebelum jam 7 malam.





4. AMALKAN AIR LIMAU

Jadikan air limau sebagai amalan. Sediakan stok limau atau oren di rumah dan jika berada di kedai makan, anda juga boleh memesan air limau. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.




5. DIET JANGAN SAMPAI TAK MAKAN 

Makan adalah satu keperluan, sesetengah orang menganggap tidak makan dapat mengurangkan berat badan. Jika kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.

Sumber majalah Rapi.

Tuesday, 5 December 2017

TIP MENYIMPAN KERETA JANGKA MASA LAMA



Terpaksa meninggalkan kereta dalam tempoh masa yang lama ?  Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam tempoh yang lama sama ada dalam masa enam bulan hingga bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya. Jika berhadapan situasi begini, letakkan kenderaan didalam garaj yang kering dan dingin.

Langkah 1

Mencabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh menjadi lemah.

Langkah 2

Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, ia bertujuan mengatasi masalah wwap, kerosakan disebabkan air dan pembentukkan karat. Sebelum anda menyimpan kenderaan, gantikan minyak injin dan penapisnya.

Langkah 3

Titiskan minyak injin baru ke selinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada selinder berkenaan. Anda perlu mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.



Langkah 4

Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiator. Jika usia penyejuk sudah satu tahun setengah, gantikan dengan yang baru. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.

Langkah 5

Untuk mengelakkan kerosakkan pada penyerap hentak kenderaan, tual keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.

Langkah 6

Selimutkan kereta anda dengan kain. Jangan lupa untuk membuka sedikit ruang udara keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan ia membantu anda mengatasi masalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu tempoh yang lama.

( Sumber : Majalah Harmoni Keluaran 1-30 sept )

Wednesday, 22 November 2017

SERUM " MINUMAN " YG BAIK UTK MUKA..



Selain penjagaan luaran wajah, penjagaan dalaman wajah juga penting untuk kulit sihat dan nampak lebih " fresh ". Kulit juga akan lebih kelihatan muda dari usia sebenar jika mengamalkan penjagaan muka dengan betul.

Selain pencuci muka, serum juga salah satu bahan terbaik untuk bantu rawat wajah dari dalam. Wajah kita juga perlu supplement tambahan untuk kekal sihat dan terlindung dri pelbagai jenis kekotoran secara 'halus'.

Serum didatangkan dengan pelbagai jenama dan bahan terkandung juga berbeza ! 


Serum selalunya bersifat water-based dan teksturnya lebih ringan. Kebiasaanya serum berbentuk cecair dan gel untuk proses menyerap dengan kulit dgn cepat. 
Kepekatan Bahan-bahan aktif (active ingredients) yang tinggi.




Serum diperbuat daripada molekul yang kecil dan pelbagai formula tambahan supaya kulit boleh serap dengan cepat dan sampai ke lapisan dalam kulit. Dan serum lebih " Hebat kerjanya " berbanding krim biasa kerana 10x penyerapan melalui partikal kecil kedalam kulit.


Yg penting kita tahu apa jenis serum yg kita ingin beli dan pakai dan juga serum perlu sesuai dengan jenis kulit kita. Sebab serum pun ada jenis nya jugak seperti oil-based dan water-based.




Untuk info whatsapps 011.2853.7220






Monday, 13 November 2017

RAMBUT KERING ? BOLEH CUBA AMALKAN PETUA NI.



Rambut anda kering dan menyebabkan anda tidak selesa ? Mungkin anda terlalu terdedah pada cahaya matahari atau menggunakan syampu yang terlalu banyak bahan kimia. Selain itu, sering menggunakan pengering rambut juga boleh menyebabkan rambut anda kering.

Antara cara yang boleh digunakan ialah :


1. Madu dan perahan lemon
 Campur dengan 2 sudu besar madu dan 2 sudu besar lemon, gaulkan sebati. Oleskan pada rambut kemudian tutup dengan tuala atau shower cap selama 40 minit atau lebih. Selepas itu, boleh bilas dengan air bersih.

2. Buah Avokado
Gunakan buah yang hampir masak kemudian hancurkan. Selepas itu, oleskan pada seluruh rambut. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air bersih.



3. Perahan limau Nipis 
Sapu air limau nipis pada rambut. Biarkan selama 30 minit sebelum bilas dengan air bersih.



4. Minyak Semulajadi
Anda juga boleh gunakan minyak kelapa, minyak badam atau minyak bunga matahari. Minyak dapat menjaga dan melembutan rambut. Anda perlu lumurkan pada rambut dan memicit-micit perlahan kulit kepala. Biarkan 20 minit dan bersihkan dengan syampu. Lakukannya 2 minggu sekali.

5. Mayones 
Kandungan asam lemak baik untuk lembutkan rambut. Gunakan sesudu besar mayones dan oleskan pada rambut. Tutup kepala dengan tuala atau shower cap selama 15 minit dan bilas dengan syampu. Sebaiknya gunakan syampu bayi atau syampu herba.

6. Minyak zaiton
Oleskan pada rambut pada rambut basah. Kemudian picit perlahan dan lembut biarkan selama 5 minit. Selepas itu bersihkan dengan syampu. Boleh lakukan selama 2 minggu sekali.



7. Gel Lidah Buaya
Oleskan gel lidah buaya ke seluruh rambut dan biarkan seketika sebelum membilas dengan air bersih.

8. Amalkan dengan pemakanan yang mengandungi vitamin B
Contohnya kekacang, pisang dan telur. Ia bermanfaat untuk menguatkan rambut dan mengelakkan rambut kering.




9. Jaga Kesihatan rambut

- Sentiasa membersihkan rambut supaya kelihatan lembut dan berkilau.
- Elakkan menggosok rambut kerana gesekan akan buatkan rambut kering dan rosak.
- Sikat rambut dengan betul  dengan gunakan sikat yang bergigi lebar.
- Gunakan vitamin khusus untuk menjaga rambut.
- Biasakan memotong rambut kering dan rosak.
- Gunakan perapi untuk haluskan dan lembutkan rambut.
- Elakkan terlalu kerap terdedah pada pancaran matahari dan udara kotor.
- Elakkan menggayakan rambut berlebihan.

Cara mudah untuk kekalkan rambut sihat dan segar ialah amalkan makan supplement tambahan.
Amalkan Glow C Shine 1- 2 Sachet sehari utk dapatkan kesan yang baik untuk kesihatan anda.



INFO WHATSAPPS 01128537220 !!


( SUMBER : MAJALAH HARMONI SEPT 2017 )

Thursday, 2 November 2017

KENALI KHASIAT BUAH KIWI !



Anda suka makan buah kiwi ? Atau anda sering tertukar buah kiwi dengan buah ciku ? Buah kiwi terdapat dalam dua jenis :



1. Green Kiwi

2. Golden Kiwi




Buah kiwi memang banyak khasiatnya untuk kecantikkan dan kesihatan:

✔ Enzim semulajadi yang dapat mengatasi masalah sembelit
✔ Asid yang terkandung dalam kiwi dapat melindungi tubuh badan dari demam dan sakit persendian.
✔ Kalium dari buah kiwi dikenali sebagai mineral mampu menurunkan darah tinggi ( Hypertension ).
✔ Bahan Kalium penting untuk menjaga fungsi otot dan gerak reflek sistem saraf.
✔ Menjaga keseimbangan air dalam badan.
✔ Bahan Lutein dan Beta Karoten berguna untuk kesihatan mata.
✔ Bagus untuk masalah pencernaan atau masalah kembung perut kerana buah kiwi tinggi bahan serat jika diambil secara teratur.
✔ Bagi wanita hamil, buah kiwi kaya dengan asid folate yang baik untuk mencecah cacat pada bayi ketika lahir pada otak atau saraf tulang belakang.
✔ Bagus untuk jantung.
✔ Mengurangkan risiko alzheimer sehingga 50% .
✔ Buah kiwi mempunyai sumber vitamin E yang baik, antioksida yang diketahui dapat melindungi kulit.
✔ Kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah kiwi bersama dengan sebatian antioksida yang lain telah pun terbukti dapat meransang sistem imunisasi.



Nak Mudah boleh ambil buah kiwi dalam bentuk supplement.




Info whatsapp 011.2853.7220 atau ke Emorra Beauty !

KETAHUI CARA DETOKS KETIKA DI RUMAH !




Makanan yang kita makan tidak semuanya sihat dan sesetengahnya tercemar oleh racun atau toksik ! Racun yang terkumpul dalam badan akhirnya termendap pada tapak kaki .Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu membuang toksik tersebut ia akan membuat seseorang itu akan mengalami sakit gout, kulit menjadi kusam dan sebagainya lagi. 

Toksik terdapat pada seluruh organ manusia, dimana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, MEROKOK dan sebagainya.


Toksik boleh memberi kesan kepada orang yang berbeza melalui pelbagai cara. Antara simptom utama adalah keletihan melampau, kesakitan otot badan, kegagalan sistem imunisasi tubuh.






Jom tengok DETOKS yang boleh dilakukan di dirumah :




Hujung minggu :

✔ Makan banyak buahan segar semasa breakfast.
✔ Breakfast dengan segengam kacang dengan teh hijau, teh herba atau air suam.
✔ Untuk lunch, boleh sediakan semangkuku salad dengan campuran bunga kobis, tomato, timun, brokoli, sedikit rempah dan bawang. Tambah perisa dengan minyak zaitun, hirisan bawang putih, cuka dan jus lemon.
✔ Makan kuaci, gajus dan biji labu dalam kuantiti kecil apabila tiba waktu snek.
✔ amalkan untuk makan malam dengan sayuran segar yang berwarna cerah.







Harian :

✔ Minum banyak air putih - 8 gelas sehari. Tambahkan sedikit perisa lemon atau jus limau nipis.
✔ Tukarkan kopi kepada teh hijau.
Jus buah-buahan segar seperti epal, tembikai sangat digalakkan tetapi jauhi gula dan ais.
✔ Banyakkan makan makanan berunsur sayuran, buahan, berfiber dan cecair untuk memudahkan proses penyahtoksinan.


( SUMBER : MAJALAH HARMONI KELUARAN 1-30 SEPT 2017 )

Monday, 23 October 2017

MASALAH RAMBUT KERAP MENGANGGU FIKIRAN ?




Setiap orang pasti ada masalah dengan rambutnya. Samada kelemumur, rambut nipis, rambut rapuh, Kulit kepala gatal dan rambut gugur. Sesetengah orang ada juga yang ada masalah apabila bisul tumbuh di kepala.

Insha Allah, tips kali ni saya share berdasarkan daripada sumber Majalah Rapi - 2013. Bagaimana nak tangani masalah tersebut ?

1. Cuci rambut setiap hari dengan syampu yang sesuai dan sederhana. Mungkin syampu yang anda gunakan sekarang terlalu kuat bahan nya. 



2. Jika rambut anda terlalu rapuh dan bercabang, anda dinasihatkan untuk memotongnya.

3. Kulit kepala gatal mungkin disebabkan  pembersihan kepala yang tidak sempurna.

4.  Gunakan pati herba yang boleh mengukuhkan akar rambut dan kurangkan keguguran.




5. Untuk pertumbuhan rambut sihat, anda perlu mengambil banyak makanan  yang kaya dengan protein dan mineral seperti susu, telur, keju, daging, ikan, sayur hijau, kekacang dan buahan.

6. Kurangkan makanan bergoreng dan makanan laut.




7. Amalkan supplement tambahan yang baik untuk rambut.


Nak tau detail Whatsapps ---> 011.2853.7220
                                             

Wednesday, 18 October 2017

KULIT LICIN, SIHAT DAN LEBIH FRESH JIKA AMALKAN TIPS NI.



Anda jenis bagaimana ? Jenis menjaga kulit dengan teliti ? setiap kali jerawat naik pasti tak keruan ? Atau anda lebih penjaga muka ala kadar sahaja atau lebih pada basic. 

Entry kali ini, sis share berkenaan penjagaan kulit muka.

1. Pencuci Muka
Pastikan anda mencuci kulit wajah setiap hari pada waktu malam selepas seharian menggunakan alat solekan. Pada waktu pagi, elakkan mencuci wajah dengan pencuci muka. Cukup dengan percikan air suam mampu buatkan wajah segar dan bersih.
.

2. Skrub
Gunakan skrub wajah seminggu sekali untuk pastikan kulit sentiasa segar dan bersih. Ianya baik demi membuang kulit mati yang berada di sekitar wajah. Bahkan ia mampu berikan kulit kelihatan seakan dilahirkan semula.
.

3. Serum
Ramai yang sering meninggalkan rejim ini dalam penjagaan asas kulit, sedangkan ia penting demi kulit yang sihat sepanjang masa. Gunakan serum pada wajah kerana dengan penggunaannya, kulit akan mampu menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Bahkan, ada serum yang mampu memberikan kulit lebih cerah dan berseri sekelip mata.
.


4. Pelembap
Sapukan pelembap ke atas kulit wajah agar ia tidak mudah kering dan mengalami dehidrasi. Kulit perlukan sedikit lembapan agar tidak cepat mengalami proses penuaan dan kedutan. Majoriti pakar kulit mengesyorkan penggunaan krim khas untuk sekitar mata kerana kulit di bahagian mata tiada sebarang lemak tisu dan tipis. Jadi, risiko untuk kedutan muncul dengan cepat adalah tinggi mengikut usia. Dengan penggunaan krim mata mampu sedikit sebanyak menebalkan kulit di bahagian tersebut agar sentiasa muda.
.

5. Krim pelindung cahaya matahari
Sebelum anda melangkah keluar dari rumah, pastikan anda sudah menggunakan krim pelindung cahaya matahari kerana sinaran terik matahari mampu merosakkan sel-sel kulit serta memberikan impak buruk pada wajah seperti jeragat, kedutan dan berisiko untuk terkena kanser kulit. Sekurang-kurangnya dengan SPF30 ia sudah mampu melindungi kulit dari bermasalah.


Nak dapatkan Produk Emorra ?
Whatsapps 011.2853.7220 'SEGERA' !

Thursday, 12 October 2017

KALORI BUAT ANDA GEMUK ?



Kalori adalah satu tenaga yang ada pada makanan. Apa yang anda makan akan diproses untuk menjadi tenaga. Tetapi jika anda mengambil dengan berlebihan kalori akan bertukar menjadi lemak.

Jika anda mengalami lebihan berat badan, anda perlu membakar kalori 250 kalori per hari selama 1 minggu untuk kurangkan 1/4 lemak badan.



TIP MUDAH KURANGKAN KALORI

1. Kurangkan makan makanan pencuci mulut

2. Kurangkan minyak

3. Rehat yang cukup

4. Perhatikan label pada makanan




JENIS MAKANAN KALORI TINGGI

1. LEMAK HAIWAN
Makanan yang mengandungi lemak haiwan seperti daging lembu, kambing, kulit ayam atau minyak ikan yang mempunyai kalori terbanyak.

100g = 902 Kalori


2 MINYAK SAYUR
Untuk lebih sihat, gantikan dengan minyak zaitun atau minyak jagung.

884 Kalori


3. KEKACANG DAN BIJI-BIJIAN
Makanan ini mengandungi mineral, lemak dan serat. Namun, kekacang mempunyai kalori yang tinggi.

100g = 719 Kalori


4. Salad 'Dressing'
Cukuplah dengan menambahkan cuka pada potongan buah dan sayuran anda.
Salad yang dicampur dengan minyak dan gula memberi kalori yang tinggi.

100g = 631 Kalori


5. MENTEGA KACANG
Bahan ini diperingkat kelima daripada makanan yang berkalori tinggi

100g = 588 Kalori


6. JUNKFOOD
Makan secara berterusan akan menggemukkan anda.

100g = 560 Kalori


7. Coklat hitam
Ia bermanfaat untuk hilangkan stress, antioksidan dan nutrisi yang banyak. Alternatif untuk keperluan tenaga harian ( bagi anda yang tidak sempat makan ).

100g = 501 Kalori

8. Keju
Makanan yang kaya kalsium tetapi perlu mengawal pengambilannya.

100g = 466 Kalori


9. Makanan Bergoreng
Minyak berada dalam makanan kalori tinggi.

100g = 463 Kalori


10. Daging diproses
Sosej, nuget dan sebagainya kaya dengan lemak dan vitamin serta tinggi kalori.

462 Kalori

Monday, 9 October 2017

SUKA PICIT JERAWAT DENGAN TANGAN ? INI AKIBATNYA..





Tangan anda tidak boleh duduk diam. Kejap-kejap pegang hidung, pegang muka, pegang rambut ?
Jaga-jaga sebenarnya tindakan ini bahaya. Anda sedang sebarkan bakteria di kawasan muka anda !
Tangan tidak bersih adalah salah satu faktor muka anda berjerawat.

Awas ! Tindakan ini biasa kita lakukan dan boleh sebabkan penyebaran bakteria pada muka :




1. Selalu memicit atau memegang muka dengan tangan

Tangan juga tempat menyebarkan bakteria. Jadi ketika anda memegang kulit muka dengan tangan anda sedang membawa bakteria ke muka.

Ingat, setelah tangan dicuci,bukan 'Green Light' kita bebas menyentuh wajah. Ini hanya untuk jaga-jaga, setidaknya jika kita tak sengaja menyentuh wajah, tangan sedang dalam keadaan bersih.

Yang terpenting, pastikan tangan Anda dalam keadaan bersih ketika memakai pelembab, sunscreen, krim malam, masker, atau ubat jerawat.




2. Suka mengusap rambut

Rambut mengandung minyak dan boleh menambah pengumpulan minyak di kulit muka dan menyebabkan jerawat.




Atasi jerawat dengan Emorra Skincare ! 

Antara Kelebihan Emorra Skincare :

✔ Mengatasi kulit kering
✔ Memudarkan jeragat
✔ Menghindarkan jerawat
✔ Kulit lebih anjal
✔ Awet muda
✔ Mencerah dari dalam
✔ Melindungi dari penumbuhan jerawat baru.
✔ Menjadikan kulit 'glowing' secara natural.
✔ Menghilangkan kulit kusam & tidak bermaya.
✔ Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit wajah.
✔ Mengecutkan dan menghilangkan jerawat & jeragat.
✔ Memudarkan dan menghilangkan parut jerawat.
✔ Menghilangkan kesan lebam di bawah mata.
✔ Mengecilkan pori-pori.
✔ 100% natural base.




Cara Penggunaan SET EMORRA SKINCARE:-
-----------------
* Basahkan wajah anda, titiskan 1-2 titik EMORRA FACIAL CLEANSER
* Urutkan keseluruh wajah mengikut lawan jam.Bilaskan.
----------------
* Oleskan sedikit pelembap (untuk yang mempunyai masalah kulit kering)
* Ratakan EMORRA DAY CREAM/CC CREAM(with SPF25) keseluruh wajah anda. Lengkapkan dengan compact powder.
----------------
Untuk malam (sebelum tidur)

* Basahkan wajah anda, titiskan 1-2 titik EMORRA FACIAL CLEANSER
* Lengkapkan dengan EMORRA NIGHT CREAM.

Untuk info whatsapps 011.2853.7220
 

Gadis Kampung Template by Ipietoon Cute Blog Design