Wednesday, 6 December 2017

TIPS KESIHATAN BUAT SI DIET !



Kebanyakkan orang mengamalkan cara diet yang salah kerana terlalu inginkan berat badan ideal sehingga menggabaikan etika diet dan amalkan diet tanpa ilmu. 

Antara kesalahan diet ialah abaikan sarapan pagi, pengambilan air masak kurang dari jumlah yang sepatutnya dan lain-lain.


Jom baca tips ringkas yang berguna untuk si Diet !

1. SMOOTHIES SAJIAN SIHAT DAN MENGENYANGKAN
Smoothies merupakan sajian minuman yang enak dan sihat sebagai pengganti makanan. Buah-buahan dan sayur-sayuran dikisar halus bagi menyediakan segala keperluan nutrien dan serat dalam bentuk minuman yang melazatkan. Bagi mereka yang tidak mempunyai cukup masa untuk makan, smoothies membekalkan keperluan karbohidrat. Ia mudah ditukar kepada tenaga selain memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.





2. PRODUK RENDAH LEMAK
Jangan bergantung kepada produk rendah lemak shaja. Ia tidak 100% berkesan untuk menurunkan berat badan. Tidak salah mengambil makanan rendah lemak, namun disusuli dengan senaman dan pengambilan makanan yang berkhasiat.


3. SUPPER
Makan lewat malam atau supper sudah menjadi trend terutama golongan muda. Tetapi disebalik nya ada kesan makan lewat malam melambatkan proses metabolisme dalam badan anda. Kecenderungan makan lewat malam hendaklah dikurangkan. Sebaiknya makan awal sebelum jam 7 malam.





4. AMALKAN AIR LIMAU

Jadikan air limau sebagai amalan. Sediakan stok limau atau oren di rumah dan jika berada di kedai makan, anda juga boleh memesan air limau. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.




5. DIET JANGAN SAMPAI TAK MAKAN 

Makan adalah satu keperluan, sesetengah orang menganggap tidak makan dapat mengurangkan berat badan. Jika kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.

Sumber majalah Rapi.

0 comments:

Post a Comment

 

Gadis Kampung Template by Ipietoon Cute Blog Design