Monday, 13 November 2017

RAMBUT KERING ? BOLEH CUBA AMALKAN PETUA NI.



Rambut anda kering dan menyebabkan anda tidak selesa ? Mungkin anda terlalu terdedah pada cahaya matahari atau menggunakan syampu yang terlalu banyak bahan kimia. Selain itu, sering menggunakan pengering rambut juga boleh menyebabkan rambut anda kering.

Antara cara yang boleh digunakan ialah :


1. Madu dan perahan lemon
 Campur dengan 2 sudu besar madu dan 2 sudu besar lemon, gaulkan sebati. Oleskan pada rambut kemudian tutup dengan tuala atau shower cap selama 40 minit atau lebih. Selepas itu, boleh bilas dengan air bersih.

2. Buah Avokado
Gunakan buah yang hampir masak kemudian hancurkan. Selepas itu, oleskan pada seluruh rambut. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air bersih.



3. Perahan limau Nipis 
Sapu air limau nipis pada rambut. Biarkan selama 30 minit sebelum bilas dengan air bersih.



4. Minyak Semulajadi
Anda juga boleh gunakan minyak kelapa, minyak badam atau minyak bunga matahari. Minyak dapat menjaga dan melembutan rambut. Anda perlu lumurkan pada rambut dan memicit-micit perlahan kulit kepala. Biarkan 20 minit dan bersihkan dengan syampu. Lakukannya 2 minggu sekali.

5. Mayones 
Kandungan asam lemak baik untuk lembutkan rambut. Gunakan sesudu besar mayones dan oleskan pada rambut. Tutup kepala dengan tuala atau shower cap selama 15 minit dan bilas dengan syampu. Sebaiknya gunakan syampu bayi atau syampu herba.

6. Minyak zaiton
Oleskan pada rambut pada rambut basah. Kemudian picit perlahan dan lembut biarkan selama 5 minit. Selepas itu bersihkan dengan syampu. Boleh lakukan selama 2 minggu sekali.



7. Gel Lidah Buaya
Oleskan gel lidah buaya ke seluruh rambut dan biarkan seketika sebelum membilas dengan air bersih.

8. Amalkan dengan pemakanan yang mengandungi vitamin B
Contohnya kekacang, pisang dan telur. Ia bermanfaat untuk menguatkan rambut dan mengelakkan rambut kering.




9. Jaga Kesihatan rambut

- Sentiasa membersihkan rambut supaya kelihatan lembut dan berkilau.
- Elakkan menggosok rambut kerana gesekan akan buatkan rambut kering dan rosak.
- Sikat rambut dengan betul  dengan gunakan sikat yang bergigi lebar.
- Gunakan vitamin khusus untuk menjaga rambut.
- Biasakan memotong rambut kering dan rosak.
- Gunakan perapi untuk haluskan dan lembutkan rambut.
- Elakkan terlalu kerap terdedah pada pancaran matahari dan udara kotor.
- Elakkan menggayakan rambut berlebihan.

Cara mudah untuk kekalkan rambut sihat dan segar ialah amalkan makan supplement tambahan.
Amalkan Glow C Shine 1- 2 Sachet sehari utk dapatkan kesan yang baik untuk kesihatan anda.



INFO WHATSAPPS 01128537220 !!


( SUMBER : MAJALAH HARMONI SEPT 2017 )

0 comments:

Post a Comment

 

Gadis Kampung Template by Ipietoon Cute Blog Design