Wednesday, 22 November 2017

SERUM " MINUMAN " YG BAIK UTK MUKA..



Selain penjagaan luaran wajah, penjagaan dalaman wajah juga penting untuk kulit sihat dan nampak lebih " fresh ". Kulit juga akan lebih kelihatan muda dari usia sebenar jika mengamalkan penjagaan muka dengan betul.

Selain pencuci muka, serum juga salah satu bahan terbaik untuk bantu rawat wajah dari dalam. Wajah kita juga perlu supplement tambahan untuk kekal sihat dan terlindung dri pelbagai jenis kekotoran secara 'halus'.

Serum didatangkan dengan pelbagai jenama dan bahan terkandung juga berbeza ! 


Serum selalunya bersifat water-based dan teksturnya lebih ringan. Kebiasaanya serum berbentuk cecair dan gel untuk proses menyerap dengan kulit dgn cepat. 
Kepekatan Bahan-bahan aktif (active ingredients) yang tinggi.




Serum diperbuat daripada molekul yang kecil dan pelbagai formula tambahan supaya kulit boleh serap dengan cepat dan sampai ke lapisan dalam kulit. Dan serum lebih " Hebat kerjanya " berbanding krim biasa kerana 10x penyerapan melalui partikal kecil kedalam kulit.


Yg penting kita tahu apa jenis serum yg kita ingin beli dan pakai dan juga serum perlu sesuai dengan jenis kulit kita. Sebab serum pun ada jenis nya jugak seperti oil-based dan water-based.




Untuk info whatsapps 011.2853.7220






Monday, 13 November 2017

RAMBUT KERING ? BOLEH CUBA AMALKAN PETUA NI.



Rambut anda kering dan menyebabkan anda tidak selesa ? Mungkin anda terlalu terdedah pada cahaya matahari atau menggunakan syampu yang terlalu banyak bahan kimia. Selain itu, sering menggunakan pengering rambut juga boleh menyebabkan rambut anda kering.

Antara cara yang boleh digunakan ialah :


1. Madu dan perahan lemon
 Campur dengan 2 sudu besar madu dan 2 sudu besar lemon, gaulkan sebati. Oleskan pada rambut kemudian tutup dengan tuala atau shower cap selama 40 minit atau lebih. Selepas itu, boleh bilas dengan air bersih.

2. Buah Avokado
Gunakan buah yang hampir masak kemudian hancurkan. Selepas itu, oleskan pada seluruh rambut. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air bersih.



3. Perahan limau Nipis 
Sapu air limau nipis pada rambut. Biarkan selama 30 minit sebelum bilas dengan air bersih.



4. Minyak Semulajadi
Anda juga boleh gunakan minyak kelapa, minyak badam atau minyak bunga matahari. Minyak dapat menjaga dan melembutan rambut. Anda perlu lumurkan pada rambut dan memicit-micit perlahan kulit kepala. Biarkan 20 minit dan bersihkan dengan syampu. Lakukannya 2 minggu sekali.

5. Mayones 
Kandungan asam lemak baik untuk lembutkan rambut. Gunakan sesudu besar mayones dan oleskan pada rambut. Tutup kepala dengan tuala atau shower cap selama 15 minit dan bilas dengan syampu. Sebaiknya gunakan syampu bayi atau syampu herba.

6. Minyak zaiton
Oleskan pada rambut pada rambut basah. Kemudian picit perlahan dan lembut biarkan selama 5 minit. Selepas itu bersihkan dengan syampu. Boleh lakukan selama 2 minggu sekali.



7. Gel Lidah Buaya
Oleskan gel lidah buaya ke seluruh rambut dan biarkan seketika sebelum membilas dengan air bersih.

8. Amalkan dengan pemakanan yang mengandungi vitamin B
Contohnya kekacang, pisang dan telur. Ia bermanfaat untuk menguatkan rambut dan mengelakkan rambut kering.




9. Jaga Kesihatan rambut

- Sentiasa membersihkan rambut supaya kelihatan lembut dan berkilau.
- Elakkan menggosok rambut kerana gesekan akan buatkan rambut kering dan rosak.
- Sikat rambut dengan betul  dengan gunakan sikat yang bergigi lebar.
- Gunakan vitamin khusus untuk menjaga rambut.
- Biasakan memotong rambut kering dan rosak.
- Gunakan perapi untuk haluskan dan lembutkan rambut.
- Elakkan terlalu kerap terdedah pada pancaran matahari dan udara kotor.
- Elakkan menggayakan rambut berlebihan.

Cara mudah untuk kekalkan rambut sihat dan segar ialah amalkan makan supplement tambahan.
Amalkan Glow C Shine 1- 2 Sachet sehari utk dapatkan kesan yang baik untuk kesihatan anda.



INFO WHATSAPPS 01128537220 !!


( SUMBER : MAJALAH HARMONI SEPT 2017 )

Thursday, 2 November 2017

KENALI KHASIAT BUAH KIWI !



Anda suka makan buah kiwi ? Atau anda sering tertukar buah kiwi dengan buah ciku ? Buah kiwi terdapat dalam dua jenis :



1. Green Kiwi

2. Golden Kiwi




Buah kiwi memang banyak khasiatnya untuk kecantikkan dan kesihatan:

✔ Enzim semulajadi yang dapat mengatasi masalah sembelit
✔ Asid yang terkandung dalam kiwi dapat melindungi tubuh badan dari demam dan sakit persendian.
✔ Kalium dari buah kiwi dikenali sebagai mineral mampu menurunkan darah tinggi ( Hypertension ).
✔ Bahan Kalium penting untuk menjaga fungsi otot dan gerak reflek sistem saraf.
✔ Menjaga keseimbangan air dalam badan.
✔ Bahan Lutein dan Beta Karoten berguna untuk kesihatan mata.
✔ Bagus untuk masalah pencernaan atau masalah kembung perut kerana buah kiwi tinggi bahan serat jika diambil secara teratur.
✔ Bagi wanita hamil, buah kiwi kaya dengan asid folate yang baik untuk mencecah cacat pada bayi ketika lahir pada otak atau saraf tulang belakang.
✔ Bagus untuk jantung.
✔ Mengurangkan risiko alzheimer sehingga 50% .
✔ Buah kiwi mempunyai sumber vitamin E yang baik, antioksida yang diketahui dapat melindungi kulit.
✔ Kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah kiwi bersama dengan sebatian antioksida yang lain telah pun terbukti dapat meransang sistem imunisasi.



Nak Mudah boleh ambil buah kiwi dalam bentuk supplement.




Info whatsapp 011.2853.7220 atau ke Emorra Beauty !

KETAHUI CARA DETOKS KETIKA DI RUMAH !




Makanan yang kita makan tidak semuanya sihat dan sesetengahnya tercemar oleh racun atau toksik ! Racun yang terkumpul dalam badan akhirnya termendap pada tapak kaki .Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu membuang toksik tersebut ia akan membuat seseorang itu akan mengalami sakit gout, kulit menjadi kusam dan sebagainya lagi. 

Toksik terdapat pada seluruh organ manusia, dimana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, MEROKOK dan sebagainya.


Toksik boleh memberi kesan kepada orang yang berbeza melalui pelbagai cara. Antara simptom utama adalah keletihan melampau, kesakitan otot badan, kegagalan sistem imunisasi tubuh.






Jom tengok DETOKS yang boleh dilakukan di dirumah :




Hujung minggu :

✔ Makan banyak buahan segar semasa breakfast.
✔ Breakfast dengan segengam kacang dengan teh hijau, teh herba atau air suam.
✔ Untuk lunch, boleh sediakan semangkuku salad dengan campuran bunga kobis, tomato, timun, brokoli, sedikit rempah dan bawang. Tambah perisa dengan minyak zaitun, hirisan bawang putih, cuka dan jus lemon.
✔ Makan kuaci, gajus dan biji labu dalam kuantiti kecil apabila tiba waktu snek.
✔ amalkan untuk makan malam dengan sayuran segar yang berwarna cerah.







Harian :

✔ Minum banyak air putih - 8 gelas sehari. Tambahkan sedikit perisa lemon atau jus limau nipis.
✔ Tukarkan kopi kepada teh hijau.
Jus buah-buahan segar seperti epal, tembikai sangat digalakkan tetapi jauhi gula dan ais.
✔ Banyakkan makan makanan berunsur sayuran, buahan, berfiber dan cecair untuk memudahkan proses penyahtoksinan.


( SUMBER : MAJALAH HARMONI KELUARAN 1-30 SEPT 2017 )
 

Gadis Kampung Template by Ipietoon Cute Blog Design