Thursday, 5 October 2017

5 BEST FOOD UNTUK SI DIET !



Dalam perancangan untuk melakukan 'DIET' ? Nak cari makanan yang boleh buatkan kenyang lebih lama ? Maklumlah nak diet ni perlu ber'pantang' makanan. Betul ? Atau sekadar ' Diet ' di mulut sahaja tapi bila makan, semua makanan anda makan ?

Menurut Profesor Nutrisi, Dr Barbara Rolss di Penn State University, pilihlah makanan yang kaya serat, lemak baik, protein dam kaya dengan kandungan vitamin dan mineral. Antaranya ;



1. Epal

Ia sesuai untuk dijadikan snek untuk dibawa kemana sahaja. Epal kaya dengan mineral dan serat yang tidak larut air. Ia akan membuatkan anda kenyang lebih lama.



2. Bunga Kobis

Ia mengandungi phytonutrient sulforaphane yang membantu menurunkan berat badan dengan cepat. Jika anda tidak suka, boleh gantikan dengan bayam atau brokoli.





3. Oatmeal

Ia sesuai untuk sarapan kerana mengandungi serat dan kaya dengan protein. Selain itu, ia cenderung untuk mempunyai BMI lebih rendah daripada mereka yang tidak bersarapan.



4. Telur

Penelitian menunjukkan bahawa makan dua biji telur untuk sarapan boleh membuatkan anda kenyang lebih lama dari makan roti.



5. Yogurt Rendah Lemak

Penelitian dari University Of Tennessee menunjukkan bahawa mengambil tiga hidangan yogurt rendah lemak setiap hari boleh menurunkan berat badan dua kali ganda lebih cepat berbanding makanan daripada produk olahan susu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Info tentang Diet !

  • Makan Pemanis Mulut.
    Boleh makan tapi jangan makan banyak sangat.
  • Minuman Bersoda
    Kajian yang dijalankan oleh American Dietetic Association menunjukkan pengambilan minuman soda secara kerap boleh membuatkan berat badan naik dalam masa beberapa hari sahaja. Pemanis tiruan yang diletakkan dalam minuman ini akan merangsang selera makan anda dan membuatkan anda berkeinginan mengunyah setiap masa. Jika anda bosan minum air kosong sehingga lapan gelas sehari, tambahlah perahan lemon atau limau dengan sedikit gula batu ke dalam minuman anda. Mula-mula memang agar sukar tetapi lama-kelamaan anda akan biasa dengan amalan baru tersebut.

  • Teh Hijau bakar 80 kalori/sehari.
    Kajian oleh pengkaji makanan di Switzerland mendapati minum 4 gelas teh hijau setiap hari mampu membakar lebih 80 jumlah kalori.Teh Hijau mengandungi epigallocatechin gallate yang meningkatkan metabolisme dan menurunkan kadar kalori. Minum teh hijau jugan mengurnagkan pengumpulan lemak dalam badan.
  • Kunyah makanan dengan perlahan.
    Kunyah makanan sebanyak 50 kali bagi setiap suapan. Semakin lama dikunyah, makanan akan jadi lebih kecil dan mudah ditelan. Proses ini meningkatkan pengeluaran air liur ( saliva ) dan melancarkan proses pencernaan. Pada air liur juga ada enzim dan antibiotik yang baik untuk ketahanan badan. Berat badan juga akan kekal langsing kerana anda akan cepat berasa kenyang.



0 comments:

Post a Comment

 

Gadis Kampung Template by Ipietoon Cute Blog Design