TIP MEMBANYAKKAN SUSU
1. BERIKAN SUSU SEJAK MULA DILAHIRKAN
Menyusukan bayi sekurang-kurangnya setiap dua jam pada siang hari untuk membantu meningkatkan bekalan susu. Jika bayi kita telah tidur melebihi dua jam, bangunkan dia untuk diberi susu.
Di waktu malam, berikan susu sekurang-kurangnya sekali di tengah malam, terutama jika bayi kita telah tidur lebih daripada empat atau lima jam pada waktu malam.
Memberikan susu dengan kerap akan merangsangkan otak mengeluarkan hormon oxytocin. Hormon yang rendah akan mengurangkan pengeluaran susu.
Untuk mendapatkan bekalan susu ibu berterusan, perlu berikan susu ibu pada bayi supaya isapan puting akan merangsangkan pengeluaran hormon berterusan, seterusnya susu yang banyak dan berterusan.
2. MEMBERIKAN SUSU DENGAN MASA YANG LEBIH LAMA
Salah satu cara untuk meningkatkan bekalan susu ialah dengan tidak menghadkan tempoh penyusuan bayi kita. Maknanya kita akan berikan susu selama bayi menghendakinya.
Jika dalam tempuh itu, susu sudah tiada lagi dan bayi masih mengisapnya, biarkan dulu. Ini Isapanpada puting akan merangsangkan otak kita mengeluarkan hormon oxytocin, untuk memberitahu bahawa payudara yang kosong harus diisi semula.
Selain itu susu yang keluar di akhir penyusuan itu selalunya mengandungi lemak yang banyak, berbanding dengan susu yang dikeluarkan pada peringkat permulaan.
Pada peringkat permulaan, susu badan mengandungi lebih banyak air dan kurang lemak, berbanding dengan susu yang dikeluarkan pada peringkat akhir yang banyak lemak, lebih pekat dan kurang air.
Susu yang banyak air akan membuatkan bayi berasa kenyang tetapi susu yang banyak lemak akan membuatkan bayi cepat membesar.
Jadi berikan susu pada sebelah payudara sehingga ia benar-benar kosong sebelum beralih ke sebelah yang lain.
3. Minum Banyak Air Kosong
Paling kurang harus minum 3 liter setiap hari selain amalkan pemakanan yang berkhasiat.
Air adalah ejen yang akan membantu dalam melancarkan proses pengeluaran susu badan. Kurangnya air di dalam badan akan menyebabkan kulit menjadi kering terutamanya kepada ibu menyusu yang sedang dalam proses memperbaiki sistem tubuh badan selepas melahirkan bayi.
4. Makan Supplement tambahan
Terdapat pelbagai sumber makanan dan minuman yang boleh bertindak sebagai ‘milkbooster’. Antara salah satu nya ialah produk Emorra Glow C Shine dari Emorra Beauty.
Selain dapat menambahkan pengeluaran susu ibu, supplement tambahan ini juga dapat menyihat serta mencantikkan kulit ibu-ibu. Supplement emorra glow c shine juga dapat memberikan tenaga untuk para ibu supaya sihat dan cergas.
Makanan lain yang boleh galakkan pengeluaran susu seperti ulam-ulaman, peria, pegaga, jantung pisang, betik, lobak putih.
Info Whatapps 011.2853.7220