Tuesday, 7 May 2019

Resepi Ramadan Versi Bujang ! Sup Ayam Simple..



Tak tahu nak masak apa berbuka nanti. Maklumlah duduk bujang kan, banyak yg beli je dari masak, Ye tak ? korang prefer masak atau beli kt bazar ? Kalau huda prefer masak lagi nikmat rasa dia..hehe

Hari semalam huda ada beli cendawan dan ayam. Masih berfikir-fikir nak masak apa, masa pun terhad. Ye lah balik keje pun dah sekian pukul 5.30 ptg dah nak masak lagi kan ! Haishhh mujur lah tak berlaki lagi.😂

Senang dan mudah, huda rasa nak buat Sup Ayam je ! Add on sayur sikit..hehe dah tak payah masak sayur kan. Memandangkan cendawan ni nampak sedap je huda masukla sekali dalam sup ayam tu nanti, biarlah dia berkawan lah dengan brokoli, kentang dengan ayam tu.

Okay, ni sup ayam simple je huda buat sebab nak cepat takut nanti terlopong la bila dgr azan tapi makanan tak masak lagi.😞 Jom tengok resepi kat bawah :




Bahan-bahan :

1. Bawang putih -3 ulas ( ditumbuk )
2. Bawang Merah - 2 ulas ( ditumbuk )
3. Sup bunjut
4. Ayam ( dipotong kecik/dadu )
5. Cendawan
6. Brokoli
7. Kentang - 2 biji
8. Cili ( optional )- 2tangkai

Cara-cara :

1. Tumiskan bawang putih dan merah sampai kekuningan.
2. Masukkan ayam, gaul2 sikit dalam 10minit macamtu masukkan air.
3. Masukkan sup bunjut dan kentang.
4. Biarkan sup mendidih dan masukkan cendawan, brokoli dan cili..nak bagi pedas sikit. Kalau tak letak cili boleh jugak letak lada hitam. Ni mak huda selalu letak 😆
5. Last sekali masukkan lah garam dan maggi cukup rasa..huda takguna pak aji. entah lah kenapa..😁




Okey, it donee.. hehe senangkan. Pastu huda goreng je ikan sekor, cukuplah kan. Hari tu masak sup ni masa balik, adik-adik huda suka sangat. Siap bertambah-tambah nasi..huhu Korang cuba lah resepi ni ! mesti makan bertambah-tambah.😁

Nanti huda share resepi lain pulak.. Petang nanti nak masak sotong. tapi belum tahu kesudahan nya nak masak apa. Macam nak masak singgang. Tetiba teringat daging singgang mak.😆

Wednesday, 28 March 2018

KULIT KUSAM, ORANG TENGOK PUN TAKUT !


Disebabkan kebelakangan ni ramai yang mengadu kulit makin kusam. Rasa keyakinan tu menurun bila keluar tanpa mekap ! Usia taklah tua, baru umur 30 tahun, tapi kulit muka tak menggambarkan usia pun.

Mereka yang mempunyai kondisi kulit muka kusam bukan sahaja akan nampak tidak ceria, tetapi juga lebih tua dari usia sebenar. Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di bawah, segera rawat kulit wajah anda :

TANDA-TANDA MEMPUNYAI WAJAH KUSAM
1. Kemunculan garis-garis halus pada kulit wajah
2. Lingkaran gelap di bawah mata
3. Kulit kelihatan kering
4. Kulit wajah berminyak
5. Kemunculan bintik atau jerawat kecil.

Nak tau apa punca kulit nampak kusam ? 


1. Kekurangan air dalam badanBadan kita memerlukan air yang cukup supaya kulit sentiasa lembap. Disarankan meminum air sebanyak 8 gelas sehari untuk kekalkan cecair dalam badan.

2. Gaya hidup Kerap terdedah kepada cahaya matahari juga boleh membuatkan kulit nampak kusan. Cahaya matahari boleh juga menyebabkan kulit berjeragat dan terbakar. 

3. Kekurangan KolagenOleh itu kita kena menjaga kulit daripada kehilangan kolagen dengan melindunginya. Apabila kulit kehilangan banyak kolagen, maka berlakulah kedut-kedut di muka. 


4. Faktor UsiaApabila usia semakin berganjak tua, pembentukan sel baru menjadi perlahan. Keadaan ini menyebabkan sel kulit yang mati di bawah permukaan kulit menjadikan wajah menjadi kusam. Selain itu, penuaan (skin aging) akan menimbulkan kesan sunburn yang jelas, kedut dan juga kesan sinaran cahaya UV.  


5. Diet Yang Tidak SihatSeperti pepatah yang biasa kita dengar, “anda adalah apa yang anda makan”. Kafein dan gula yang diambil secara berlebihan boleh menyumbang kepada kulit yang kusam dan kering. Bagi non muslim, pengambilan alkhol yang berlebihan juga menjadi faktor kulit menjadi kering dan kusam.

Untuk kesan yang terbaik merawat kulit kusam adalah dengan mengamalkan Serum Jenis Anti-aging supaya kulit dapat vitamin dan sumber yang cukup. 

Whatsapp 011.2853.7220 Untuk Promosi 

Friday, 12 January 2018

KEBAIKAN SERUM YANG WAJIB DIKETAHUI !



Serum merupakan produk berasaskan air dan hampir tiada minyak.



1. Mengandungi bahan aktif yang tinggi.

Serum mengandungi bahan aktif 70% yang bermanfaat untuk kulit.
Pelembap muka mengandungi 5-10 % sahaja bahan aktif.

2. Mudah meresap jauh kedalam kulit.

Molekul dalam serum lebih kecil dan boleh meresap jauh ke dalam kulit berbanding pelembap. Pelembap hanya berfungsi pada lapisan pertama kulit.

3. Boleh dipakai bersama produk wajah yang lain.

Dengan sifat yang mudah meresap ke dasar kulit, serum akan menyediakan kulit untuk menerima produk lain yang lebih efektif.



4. Hanya perlu digunakan dalam kuantiti yang sedikit.

Serum hanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit, kerana kesannya maksimum. Serum boleh bertahan hingga 3-4 bulan.



5. Rawat masalah dgn lebih spesifik.

Anda perlu sesuaikan mengikut jenis kulit, umur dan juga manfaat yang anda inginkan. Ada serum yang memberikan kelembapan, yang cerahkan kulit, dan pudarkan kedutan.


Ada yang perlukan serum untuk remajakan kulit ?
Jom dapatkan Emorra Serum dengan Harga Promosi Sekarang !!
Whatsapp 01128537220

Wednesday, 10 January 2018

JOM RAWAT KULIT BURN ANDA !



Terdedah terlalu lama untuk jangka masa yang panjang, boleh bahayakan kulit kita kerana boleh sebabkan kanser kulit. Tambahan cuaca di Malaysia yang panas menyebabkan kulit kita burn atau terbakar. Lebih parah boleh sebabkan kulit berjeragat.

Cahaya matahari ada 2 jenis sinaran iaitu UVA dan UVBUVB (ultraviolet- B) akan menyerang di bawah lapisan kulit kita. UVA (ultraviolet- A) akan menyerang untuk luaran kulit.

NAK ELAK SUNBURN, WAJIB IKUTI CARA NI.

1. Gunakan krim atau losyen atau sunblock yang mempunyai formula penghadang matahari sekurang-kurangnya SPF 25-50 untuk perlindungan yang maksimum.
2, Jika sering memandu ketika waktu panas, gunakan sarung tangan sebagai pelindung. Tangan juga perlu dilindungi kerana kulit tangan yang terdedah kepada cahaya panas akan nampak lebih berkedut dan pigmentasi akan muncul.
3. Penggunaan pakaian dari kain woven adalah yang terbaik untuk menyerap peluh. Pakaian pula hendaklah longgar dan elakkkan pakaian bewarna gelap.


4. Jika terlalu panas contohnya berjalan-jalan di tepi pantai, pakailah  topi atau payung.
5. Amalkan penggunaan cermin mata yang boleh elak cahaya UV untuk mencegah katarak.
6. Ambil suplemen antioksidan bagi melindungi kulit. Sinaran UV ini adalah satu bentuk radikal bebas yang mampu merosakkan kulit .
7. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari yang terik bermula dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.

8. Amalkan pengambilan air kosong yang mencukupi untuk elak badan hidrasi.
Nak dapatkan #emorraserum dan #darlingddaircushionfoundation ?
Whatsapp
01128537220 !

Friday, 29 December 2017

BEDAK CUSHION VS BEDAK COMPACT ?


Bedak cushion sangat berbeza dengan Bedak compact. "Cushion" merujuk kepada span aplikator yang terdapat dalam bedak tersebut. Bedak cushion merupakan teknologi daripada Korea dan telah viral di Malaysia.

Pengarah Kreatif Solekan Moonshot, Jenny Park berkata aplikator span yang disediakan mengambil jumlah yang sedang elok pada setiap sapuan untuk menjadikan kemasannya seakan airbrush. Ia tidak akan memberi efek yang sama apabila dicelup dengan berus.

Compact powder ialah bedak yang paling sering dibawa oleh wanita untuk touch-up. Pressed atau compact powder ini juga disebut sebagai bedak padat. Ia menyerap dan mengurangkan minyak.


Jom ketahui bedak cushion di sini ! 














Dapatkan produk #darlingddaircushionfoundation di 011.2853.7220

Thursday, 14 December 2017

MINYAK KELAPA DARA SEMAKIN POPULAR DALAM BIDANG KECANTIKKAN ! NAK TAU APA KHASIAT NYA ?

Minyak kelapa dara telah dikomersialkan dalam pelbagai bentuk kerana kajian telah menemukan banyak khasiat yang terkandung dalam minyak kelapa dara. Salah satu nya digunakan dalam bidang kecantikkan kerana ia sangat bagus untuk kulit wajah.

Antara manfaat nya ialah :


Menghilangkan Jerawat.
Jerawat merupakan masalah yang sering muncul pada wajah. Keadaan kering pada kulit juga yang menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan oleh kelenjar sebum.Termasuk minyak kelapa yang sangat efektif menghilangkan jerawat di wajah kerana kandungan asid laurat (lauric ) dan vitamin E dlam minyak boleh hilangkan kesan jerawat.
Melembabkan Wajah.
Minyak kelapa dapat berfungsi sebagai moisturizer semulajadi, untuk membantu melembabkan kulit wajah anda. Fungsi minyak kelapa ini sama dengan fungsi minyak zaitun. Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Selain dari bebas bahan kimia dan alkohol, Minyak Kelapa Dara juga mempunyai Vitamin A, D, E dan K yang bermanfaat untuk kulit.
Melawan Penuaan Pra Matang.
Pencemaran, tekanan dan sinaran matahari yang berlebihan membuatkan wajah jadi kusam, pigmentasi dan berkedut. Minyak Kelapa Dara dibuktikan dapat membantu melawan penuaan pra matang kerana kandungan antioksidannya yang tinggi.
Mencerahkan Kulit.
Minyak kelapa bagus untuk mencerahkan kulit wajah. Kandungan vitamin E di dalam minyak kelapa, akan membantu meregenerasi kulit menjadi lebih cerah.

Kebaikan minyak kelapa dara boleh ditemui dalam #emorraserum dan #darlingddaircushionfoundation yang bagus untuk kulit anda !

Lihat Testimoni di SINI !





Harga Promosi ? 
WHATSAPPS ------->  011.2853.7220

Wednesday, 6 December 2017

TIPS KESIHATAN BUAT SI DIET !



Kebanyakkan orang mengamalkan cara diet yang salah kerana terlalu inginkan berat badan ideal sehingga menggabaikan etika diet dan amalkan diet tanpa ilmu. 

Antara kesalahan diet ialah abaikan sarapan pagi, pengambilan air masak kurang dari jumlah yang sepatutnya dan lain-lain.


Jom baca tips ringkas yang berguna untuk si Diet !

1. SMOOTHIES SAJIAN SIHAT DAN MENGENYANGKAN
Smoothies merupakan sajian minuman yang enak dan sihat sebagai pengganti makanan. Buah-buahan dan sayur-sayuran dikisar halus bagi menyediakan segala keperluan nutrien dan serat dalam bentuk minuman yang melazatkan. Bagi mereka yang tidak mempunyai cukup masa untuk makan, smoothies membekalkan keperluan karbohidrat. Ia mudah ditukar kepada tenaga selain memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.





2. PRODUK RENDAH LEMAK
Jangan bergantung kepada produk rendah lemak shaja. Ia tidak 100% berkesan untuk menurunkan berat badan. Tidak salah mengambil makanan rendah lemak, namun disusuli dengan senaman dan pengambilan makanan yang berkhasiat.


3. SUPPER
Makan lewat malam atau supper sudah menjadi trend terutama golongan muda. Tetapi disebalik nya ada kesan makan lewat malam melambatkan proses metabolisme dalam badan anda. Kecenderungan makan lewat malam hendaklah dikurangkan. Sebaiknya makan awal sebelum jam 7 malam.





4. AMALKAN AIR LIMAU

Jadikan air limau sebagai amalan. Sediakan stok limau atau oren di rumah dan jika berada di kedai makan, anda juga boleh memesan air limau. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.




5. DIET JANGAN SAMPAI TAK MAKAN 

Makan adalah satu keperluan, sesetengah orang menganggap tidak makan dapat mengurangkan berat badan. Jika kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.

Sumber majalah Rapi.

 

Gadis Kampung Template by Ipietoon Cute Blog Design