Friday, 29 December 2017

BEDAK CUSHION VS BEDAK COMPACT ?


Bedak cushion sangat berbeza dengan Bedak compact. "Cushion" merujuk kepada span aplikator yang terdapat dalam bedak tersebut. Bedak cushion merupakan teknologi daripada Korea dan telah viral di Malaysia.

Pengarah Kreatif Solekan Moonshot, Jenny Park berkata aplikator span yang disediakan mengambil jumlah yang sedang elok pada setiap sapuan untuk menjadikan kemasannya seakan airbrush. Ia tidak akan memberi efek yang sama apabila dicelup dengan berus.

Compact powder ialah bedak yang paling sering dibawa oleh wanita untuk touch-up. Pressed atau compact powder ini juga disebut sebagai bedak padat. Ia menyerap dan mengurangkan minyak.


Jom ketahui bedak cushion di sini ! 














Dapatkan produk #darlingddaircushionfoundation di 011.2853.7220

Thursday, 14 December 2017

MINYAK KELAPA DARA SEMAKIN POPULAR DALAM BIDANG KECANTIKKAN ! NAK TAU APA KHASIAT NYA ?

Minyak kelapa dara telah dikomersialkan dalam pelbagai bentuk kerana kajian telah menemukan banyak khasiat yang terkandung dalam minyak kelapa dara. Salah satu nya digunakan dalam bidang kecantikkan kerana ia sangat bagus untuk kulit wajah.

Antara manfaat nya ialah :


Menghilangkan Jerawat.
Jerawat merupakan masalah yang sering muncul pada wajah. Keadaan kering pada kulit juga yang menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan oleh kelenjar sebum.Termasuk minyak kelapa yang sangat efektif menghilangkan jerawat di wajah kerana kandungan asid laurat (lauric ) dan vitamin E dlam minyak boleh hilangkan kesan jerawat.
Melembabkan Wajah.
Minyak kelapa dapat berfungsi sebagai moisturizer semulajadi, untuk membantu melembabkan kulit wajah anda. Fungsi minyak kelapa ini sama dengan fungsi minyak zaitun. Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Selain dari bebas bahan kimia dan alkohol, Minyak Kelapa Dara juga mempunyai Vitamin A, D, E dan K yang bermanfaat untuk kulit.
Melawan Penuaan Pra Matang.
Pencemaran, tekanan dan sinaran matahari yang berlebihan membuatkan wajah jadi kusam, pigmentasi dan berkedut. Minyak Kelapa Dara dibuktikan dapat membantu melawan penuaan pra matang kerana kandungan antioksidannya yang tinggi.
Mencerahkan Kulit.
Minyak kelapa bagus untuk mencerahkan kulit wajah. Kandungan vitamin E di dalam minyak kelapa, akan membantu meregenerasi kulit menjadi lebih cerah.

Kebaikan minyak kelapa dara boleh ditemui dalam #emorraserum dan #darlingddaircushionfoundation yang bagus untuk kulit anda !

Lihat Testimoni di SINI !





Harga Promosi ? 
WHATSAPPS ------->  011.2853.7220

Wednesday, 6 December 2017

TIPS KESIHATAN BUAT SI DIET !



Kebanyakkan orang mengamalkan cara diet yang salah kerana terlalu inginkan berat badan ideal sehingga menggabaikan etika diet dan amalkan diet tanpa ilmu. 

Antara kesalahan diet ialah abaikan sarapan pagi, pengambilan air masak kurang dari jumlah yang sepatutnya dan lain-lain.


Jom baca tips ringkas yang berguna untuk si Diet !

1. SMOOTHIES SAJIAN SIHAT DAN MENGENYANGKAN
Smoothies merupakan sajian minuman yang enak dan sihat sebagai pengganti makanan. Buah-buahan dan sayur-sayuran dikisar halus bagi menyediakan segala keperluan nutrien dan serat dalam bentuk minuman yang melazatkan. Bagi mereka yang tidak mempunyai cukup masa untuk makan, smoothies membekalkan keperluan karbohidrat. Ia mudah ditukar kepada tenaga selain memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.





2. PRODUK RENDAH LEMAK
Jangan bergantung kepada produk rendah lemak shaja. Ia tidak 100% berkesan untuk menurunkan berat badan. Tidak salah mengambil makanan rendah lemak, namun disusuli dengan senaman dan pengambilan makanan yang berkhasiat.


3. SUPPER
Makan lewat malam atau supper sudah menjadi trend terutama golongan muda. Tetapi disebalik nya ada kesan makan lewat malam melambatkan proses metabolisme dalam badan anda. Kecenderungan makan lewat malam hendaklah dikurangkan. Sebaiknya makan awal sebelum jam 7 malam.





4. AMALKAN AIR LIMAU

Jadikan air limau sebagai amalan. Sediakan stok limau atau oren di rumah dan jika berada di kedai makan, anda juga boleh memesan air limau. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.




5. DIET JANGAN SAMPAI TAK MAKAN 

Makan adalah satu keperluan, sesetengah orang menganggap tidak makan dapat mengurangkan berat badan. Jika kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.

Sumber majalah Rapi.

Tuesday, 5 December 2017

TIP MENYIMPAN KERETA JANGKA MASA LAMA



Terpaksa meninggalkan kereta dalam tempoh masa yang lama ?  Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam tempoh yang lama sama ada dalam masa enam bulan hingga bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya. Jika berhadapan situasi begini, letakkan kenderaan didalam garaj yang kering dan dingin.

Langkah 1

Mencabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh menjadi lemah.

Langkah 2

Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, ia bertujuan mengatasi masalah wwap, kerosakan disebabkan air dan pembentukkan karat. Sebelum anda menyimpan kenderaan, gantikan minyak injin dan penapisnya.

Langkah 3

Titiskan minyak injin baru ke selinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada selinder berkenaan. Anda perlu mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.



Langkah 4

Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiator. Jika usia penyejuk sudah satu tahun setengah, gantikan dengan yang baru. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.

Langkah 5

Untuk mengelakkan kerosakkan pada penyerap hentak kenderaan, tual keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.

Langkah 6

Selimutkan kereta anda dengan kain. Jangan lupa untuk membuka sedikit ruang udara keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan ia membantu anda mengatasi masalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu tempoh yang lama.

( Sumber : Majalah Harmoni Keluaran 1-30 sept )
 

Gadis Kampung Template by Ipietoon Cute Blog Design