Cara Tradisional sangat bagus dan dapat jimatkan wang anda ! Untuk cantik anda perlu amalkan petua secara konsisten. Sama juga jika anda cuba produk kosmetik.
Bahan yang boleh anda gunakan :
1. ubat gigi
Sapukan ubat gigi ke bibir anda selama 3 minit sebelum mandi. Ubat gigi dapat memerahkan bibir, dan boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.
2. Madu
Madu merupakan penawar atau ubat semulajadi untuk berbagai masalah kesihatan dan kecantikan termasuklah untuk memerahkan bibir. Sapu madu pada bibir anda setiap malam sebelum tidur.
Uncang teh dapat meningkatkan kelembapan bibir. Rendamkan uncang teh tersebut dalam air panas kemudian uncang tersebut dilekapkan pada bibir anda dan biarkan selama 3 minit.
4. Timun
Hiris timun secara nipis-nipis dan letak di diatas bibir. Biarkan beberapa minit kemudian bilas dengan air
5. Limau Nipis
Limau nipis adalah bahan pemutih semulajadi. Campur dua sudu air suam dan jus limau dengan dua sudu makan madu, kemudian sapukan pada bibir. Biarkan selama 10-15 minit . Akhir sekali bilas bibir dengan air suam. Jika ini dilakukan secara rutin, warna bibir yang kehitaman akan berubah menjadi lebih merah.
Selain daripada gunakan kaedah tradisional boleh juga amalkan tips ni :
- Gunakan pelembab bibir dari Shea Butter agar bibir anda tidak kering dan merekah. Selalunya bibir akan cepat kering bila anda kekurangan minum air dan berada ditempat yang berpenghawa dingin.
- Sesetengah orang beranggapan bahawa menjilat bibir dapat melembabkan bibir tapi cara tersebut adalah salah. Anda sebenarnya membuatkan bibir anda lebih kering dan menggelupas.
- Disarankan memakai Lip Balm yang ada SPF jika anda melakukan aktiviti dibawah terik matahari.
- Sebelum tidur , buang gincu yang ada dibibir sebersih-bersihnya. Ambil kain lembut atau facial cotton yang basah dan sapu lembut bibir anda untuk tanggalkan sel mati yang ada dibibir anda.
- Kurangkan pengambilan makanan bergaram kerana ini antara penyebab bibir anda cepat kering.
- Minuman berkafein juga perlu dikurangkan pengambilannya kerana ia akan membuatkan warna bibir anda menjadi lebih gelap dan tidak menarik. Pastikan anda minum air secukupnya setiap hari untuk mengekalkan kelembapan bibir.
Tips dan cara ini anda boleh amalkan 2 atau 3 kali seminggu secara konsisten untuk dapatkan bibir yang cantik dan sentiasa munggil.
0 comments:
Post a Comment